MySET JASRA

JASRA akan menganjurkan Ujian Simulasi Kecemasan atau dalam bahasa Inggeris disebut SET (Simulated Emergency Test) dalam jangkamasa terdekat. Ujian Simulasi Kecemasan ini hanya untuk 2 meter band sahaja (VHF) dalam mode FM. Hari Aktiviti (D Day). Akan dilaksanakan pada Jumaat, 22 November 2019 bermula jam 9 malam hingga 12 malam….

Continue reading

Persediaan Monsun Timur Laut (MTL) 2019

Berlanjutan dari senario cuaca semasa dimana Monsun Timur Laut hampir tiba, JASRA telah mengambil inisiatif untuk mengumpul dan mendapatkan seberapa ramai sukarelawan EDCRT (Emergency Disaster Communication Response Team) dari seluruh pelusuk Daerah di Negeri Johor dan Melaka. Untuk maklumat, Biro EDCRT JASRA telah ditubuhkan sejak 2015 berlanjutan dari resolusi Konvensyen…

Continue reading

Program Bulan Kesiapsiagaan Nasional Negeri Johor 2019 – Pameran Radio Amatur

JASRA telah dijemput untuk bersama memeriahkan Program Bulan Kesiapsiagaan Nasioanl Peringkat Negeri Johor yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Pejabat Daerah Johor Bahru. Program tersebut diadakan pada 13 Oktober 2019 di Dewan Serbaguna Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor. Program tersebut telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Dr Sharuddin bin Jamal,…

Continue reading

9M4RLD – Solar Charger Controller dan Radio yang baru

Sabtu, 12 Oktober 2019. Pada hari ini, merupakan detik bersejarah kepada Repeater Gunung Ledang dengan callsign repeater 9M4RLD telah ke udara kembali setelah sepi selama lebih kurang dua minggu. Keputusan telah diambil untuk menggantikan radio, dengan radio baru jenama Kenwood single band VHF, model TH-K20A. Radio sebelumnya juga jenama Kenwood…

Continue reading

Perbualan Operator Amatur di Jaluran HF 40m | Amateur Radio Operator Communication in HF 40m Band

Sumber: Facebook Aman Fathur Video ini memaparkan keadaan sebenar perhubungan dua Stesen Radio Amatur iaitu 9M2ZLI di Tanah Merah, Kelantan dan 9W2AUG di Manjung, Perak. Kedua-dua stesen tersebut sedang melakukan sedikit ujian teknikal berkenaan sistem campuran audio. Komunikasi di jaluran HF membolehkan Operator Amatur untuk memperolehi kemampuan komunikasi jarak jauh….

Continue reading

BSWL877 : Among The Earliest SWL in Federated Malay State

Sumber: Blog 9M2ESM Pada bulan ini, saya kesempatan memiliki sekeping kad SWL milik di antara individu yang terawal menjadi peminat hobi gelombang pendek atau SWL (Short Wave Listener) di Negeri-Negeri Melayu. Kad ini adalah milik kepada individu bernama Tan Bin Hussain yang juga merupakan di antara penduduk Tanah Melayu yang…

Continue reading

Pameran Radio Amatur Segamat

Tahniah diucapkan kepada Perhubungan Jasra Daerah Segamat kerana telah berjaya memenuhi jemputan daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung [MPKK] Kampung Kenangan dengan kerjasama Pejabat Daerah Segamat. MPKK telah menjemput Perhubungan Jasra Daerah Segamat bagi mengadakan pameran radio amatur untuk memeriahkan Program KomunitiKu Sihat Batu Anam. Pameran ini telah diadakan pada 21…

Continue reading

Update: Pameran Bulanan Radio Amatur oleh JASRA Batu Pahat di MPBP

Rujukan: Bandar rendah karbon: Komuniti Bandar Penggaram berjiwa besar Ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada JASRA Batu Pahat yang telah dijemput untuk menyertai pameran anjuran Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP). Difahamkan pameran sempena “Carbon Free Day” adalah merupakan acara bulanan yang diadakan pada setiap minggu terakhir bulan berkenaan. Ini adalah…

Continue reading

Program Tautan Kasih KERAB

Catatan oleh 9W2BCB Pada 16 Oktober. 2019 semasa perjalanan pulang dari Jengka Pahang menuju ke Johor Bahru, kami sempat singgah sebentar di Komplek Rakan Muda Bera untuk menghadiri program.’Buang yang keruh, ambil yang jernih” di Bandar Bera Pahang, setelah diundang oleh teman-teman semasa QSO di jaluran MARTS Linking untuk bersama-sama…

Continue reading

9M4RLD – Senggaraan Repeater Gunung Ledang

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada 9W2GND Ghazali dan 9W2ZRI Zairry yang telah mengorbankan masa dan tenaga mereka membuat senggaraan repeater JASRA di Gunung Ledang 9M4RLD pada 19 September 2019 setelah lebih kurang 20 hari mengalami masalah dimana audio yang didengari dari repeater berkenaan terlalu perlahan dan mengakibatkan terjejasnya pancaran ke…

Continue reading

Laporan National Field Day JASRA Melaka 9M4CJM

JASRA Melaka melalui Jebat DX Club 9M4CJM telah berjaya melaksanakan aktiviti lapangan yang dikenali sebagai National Field Day pada 15 dan 16 September bersempena Hari Malaysia yang ke 56 tahun. Aktiviti sebegini telah dirancang dan berjaya dilaksanakan dan tempat yang dipilih di kawasan lapang berhampiran Pantai Klebang, Melaka. Kawasan ini…

Continue reading

Wireless and Radio Science Centre (WARAS)

Adalah dimaklumkan bahawa JASRA bersama Wireless and Radio Science Centre (WARAS) yang berada di Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektonik, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah mempersetujui untuk mengadakan kerjasama dua hala dalam aktiviti dan kegiatan berkaitan dengan Radio Amatur. WARAS dilengkapi dengan berbagai jenis radio dan kelengkapan elektronik, juga beberapa…

Continue reading