Unit Sukan Menembak JASRA

Sumber gambar diambil dari Persatuan Menembak Johor

Unit Sukan Menembak JASRA secara rasminya telah ditubuhkan pada bulan Mac 2015, dimana JASRA menjadi ahli gabungan kepada Persatuan Menembak Johor. Antara tujuannya ialah memberikan pendedahan kepada ahli-ahli JASRA terhadap aktiviti sukan menembak dan mempelbagaikan aktiviti JASRA, disamping aktiviti radio.

Sumber gambar diambil dari Persatuan Menembak Johor

Ahli JASRA yang berminat hendaklah mendaftar terlebih dahulu di dalam sistem online dan keahlian untuk Unit Sukan Menembak JASRA terhad kepada 100 orang sahaja dengan kadar yuran RM 50 setahun seperti yang telah ditetapkan dalam Mesyuarat Agung JASRA ke 15 pada 21 Mei 2022.

Sumber gambar diambil dari Persatuan Menembak Johor

Aktiviti sukan menembak akan dirancangkan dari masa ke semasa di Lapang Sasar Persatuan Menembak Johor di Km 5, Jalan Tanjung Laboh, 83000 Batu Pahat dan akan diumumkan didalam website ini dan media sosial.

Sila baca maklumat berkaitan disini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Biro Sukan Menembak, 9W2BPC Pak Ali.