9M4RLD Kembali Ke Udara

Housing atau rumah atau kotak yang menempatkan 2 biji radio Handy Talkie

Akhirnya 9M4RLD kembali ke udara !!! setelah offline hampir 10 hari menyebabkan komunikasi rakan-rakan radio amatur dari Johor sehingga ke Melaka, sebahagian Negeri Sembilan dan sebahagian negeri Pahang terputus. Situasi ini juga menyebabkan repeater 9M4RPL di Gunung Pulai dan repeater 9M4RJN di Gunung Banang menjadi stand alone kerana tidak mendapat sebarang input dari 9M4RLD di Gunung Ledang.

4 element folded dipole untuk transmit

Seluruh warga Jalur Selatan Amatur Radio Johor (JASRA) mengucapkan ribuan terimakasih yang tidak terhingga kepada dua orang pejuang repeater 9M4RLD di Gunung Ledang yang telah mengorbankan masa dan tenaga membuat pemeriksaan kepada repeater tersebut. Mereka ialah 9W2GND Ghazali bin Daud dan 9W2ZRI Zairry bin Mohd Ibrahim. Mereka adalah sebahagian pejuang dan sukarelawan yang memberikan sumbang baktinya atas semangat radio amatur terhadap repeater JASRA di Gunung Ledang.

3 buah solar panel untuk 9M4RLD

Menurut bang Ghazali , setelah pemeriksaan dilaksanakan, beliau mendapati penyambungan atau connection dari Solar Panel ke relay  @ charger control di dapati tidak sempurna yang menyebabkan bekalan kuasa ke bateri tidak stabil. Hal ini disebabkan oleh kelembapan yang tinggi di atas gunung menyebabkan penyambungan kabel letrik teroksida (oxidation). Setelah dibuat pembersihan kepada penyambungan kabel tesebut, repeater 9M4RLD kembali normal dan beraksi seperti sedia kala.

9W2GND Ghazali bin Daud dan 9W2ZRI Zairry bin Mohd Ibrahim

Untuk maklumat, 9M4RLD, Repeater VHF kepunyaan JASRA terletak di atas permatang di puncak Gunung Ledang di ketinggian hampir 1,200 meter dan lebih kurang 2 km dari stesyen pemancar Telekom. Repeater tersebut menggunakan kuasa dari solar panel dan bateri, menggunakan dua buah Handy Talkie jenama Kenwood. Repeater sebegini yang menggunakan kuasa solar dan tidak bergantung kepada bekalan elektrik komersial adalah sangat independence apabila berlaku situasi kecemasan.

Sekali lagi tahniah kepada team repeater Gunung Ledang yang tidak mengenal erti penat dan kepayahan membuat senggaraan walaupun di bulan puasa. Semuanya dilakukan diatas sifat dan semangat radio amatur yang tinggi. Sumbangan sangat dialu-alukan kepada mana-mana rakan radio amatur yang sudi menambah baik repeater tersebut, umpamanya housing atau kotak repeater tersebut yang kelihatan uzur dan buruk, namun masih boleh dipergunakan. Salute !!

Sumber Foto: Facebook Ghazali

Video: Senggaraan Repeater 9M4RLD yang tahun 2018 (untuk rujukan sahaja)

Video 1

Video 2

Video 3