Aktiviti Summit On The Air (SOTA) Gunung Ledang

Sukacita dimaklumkan bahawa JASRA akan menganjurkan aktiviti Summit On The Air (SOTA) di puncak Gunung Ledang dengan tarikh dan tempoh masa seperti berikut:

a. Mula: 26 Januari 2024 (Jumaat) – jam 1500 GMT +8

b. Tamat: 28 Januari 2024 (Ahad) – jam 0800 GMT +8

Sila Rujuk https://qrz.com/db/9M4CJS

Apa yang menarik, aktiviti kali ini akan disertai oleh DXPortable Indonesia yang merupakan satu aktiviti bersama persahabatan antara dua negara. Sehubungan dengan itu, ahli-ahli yang berminat boleh menyertai program atau aktiviti yang menarik ini. Adalah diingatkan  peserta hendaklah mempersiapkan diri secara mental dan fizikal, temasuklah membawa peralatan penting seperti berikut:

a. Peralatan Radio. Radio Handy VHF termasuk beberapa biji bateri simpanan, Radio HF all band QRP, termasuk antenna portable yang menyokong band dari 10m hingga 80m band dan power bank secukupnya. Semua peralatan tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam beg galas mendaki gunung.

b. Pakaian. Membawa pakaian yang bersesuaian untuk cuaca yang sangat sejuk di puncak gunung seperti jaket dan baju hujan. Semua peralatan tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam beg galas mendaki gunung.

c. Peralatan Khemah. Membawa khemah untuk bermalam di kawasan perkhemahan termasuk sleeping bag, peralatan membersih diri dan First Aid Kit. Semua peralatan tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam beg galas mendaki gunung.

d. Dapur dan Makanan/Minuman. Membawa dapur portable dengan gas secukupnya untuk memasak makananan sendiri menggunakan mess tin temasuk membawa bekas air secukupnya. Semua peralatan tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam beg galas mendaki gunung.

e. Membawa wang tunai secukupnya untuk apa-apa pembelian dan pembayaran.

–  TelCo di Puncak Gunung: Hanya CELCOMDIGI

–  Komunikasi Simplex: V35

–  Tempat Berkumpul: Jam 8.30 pagi pada Jumaat, 26 Januari 2024. Warung sebelah Pejabat Pos Tangkak, sekiranya tutup pindah ke Warung berhampiran/berhadapan SMK Tun Mamat

–  Koordinasi: 9W2FNZ Mohd Firdaus OI77I43O9O

–  Baju T khas SOTA warna Light Grey akan ditempah dengan imej seperti diatas.. Sila gunakan panduan ukuran mengikut jadual saiz di atas. Sesiapa yang tidak dapat ikut serta tetapi berminat membeli baju ini sebagai Cenderahati boleh memesan terus dengan 9W2FNZ Firdaus di Whatsapp OI77I43O9O sebelum 21 Januari jam 12 tengahari. Harga RM 35.00

–  Tarikh Tutup Pendaftaran: 21 Januari 2024 jam 12 tengahari. Sila lengkapkan borang pendaftaran seperti di bawah. Mereka yang tidak mengisi borang pendaftaran TIDAK DI BENARKAN ikut serta.

PENDAFTARAN TELAH DITUTUP