Field Day Santai HF JASRA 2023 @ Sireh Park

Perhubungan JASRA Johor Bahru telah menganjurkan Field Day Santai HF 2023 pada 28 Oktober 2023 bertempat di Sireh Park, Iskandar Putri. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah, hiking, pemasangan antenna HF, pengujian radas HF dan VHF.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan terutama sekali kepada 9W2LCM (PakLoh) yang telah menaja sarapan pagi. Aktiviti kali ini telah disertai oleh 9W2HOZ, 9W2BCB, 9W2FNZ, 9W2NEW, 9W2VVT, 9W2SNN, 9W2LCM, 9W2DVZ.