Kad Keahlian JASRA dengan fungsi Touch & Go

Pengumuman Kepada Ahli JASRA

Dengan sukacitanya dimaklumkan kepada semua ahli JASRA bahawa Kad Keahlian JASRA yang boleh digunakan sebagai Kad Touch & Go, siap untuk menerima tempahan batch kedua dari ahli-ahli yang berminat. Ahli JASRA boleh membuat tempahan melalui sistem online JASRA di https://online.jasra.org.my dengan menentukan maklumat anda seperti gambar, alamat dan maklumat lain dikemaskini.

Kad keahlian dua fungsi ini adalah pilihan kepada mereka yang berminat sahaja dengan kos RM 36.50 termasuk kos pos. Kemudahan kad dwi fungsi ini diharapkan akan menjadi nilai tambah kepada kad cetakan sendiri yang ada di dalam sistem online.

Kad ini hanya akan dihantar untuk cetakan dengan tempahan minimum 30 keping (minimum order quantity). Oleh itu, ianya memerlukan sedikit masa untuk anda menerima kad yang ditempah tersebut melalui pos oleh pembekal.

 

Untuk ahli yang belum pernah login sebelum ini, bolehlah berbuat demikian dengan mengisi no kad pengenalan (tanpa sempang) untuk kedua-dua ruangan ID Pengguna dan katalaluan seperti gambar di bawah.