Liputan Latihan Simplex Siri 2/2021 pada 2 Mac 2021

 

Kompilasi Video dan Audio yang dirakam oleh peserta aktiviti Latihan Simplex sebagai persiapan, pembelajaran dan latihan untuk aktiviti MySET 1/2021 nanti. Latihan ini bertujuan untuk semua peserta menguji radas dan keupayaan stesen masing-masing berkomunikasi secara simplex (tanpa menggunakan repeater). Latihan disertai oleh penggiat radio amatur di Semenanjung Malaysia dari Zon Selatan, Tengah, Utara dan Timur.

Selain dari menggunakan radio VHF FM Mode yang dimiliki oleh majoriti rakan penggiat radio, frequensi alternatif juga dalam VHF SSB (USB) dan HF 40 meter band.

Apa yang menariknya pada kali ini, semua stesen didedahkan untuk mempelajari menghantar dan menerima mesej menggunakan Borang Berita MySET yang telah ditetapkan. Selain dari itu, kemahiran menggunakan peralatan radio masing-masing dengan mengendalikan beberapa frequensi dan kreativiti memilih freq yang bersesuaian dengan masa pancaran sama ada siang atau malam, kuasa pancaran yang bersesuaian dan kemahiran menggunakan VFO (variable frequency oscillator).

Selain itu, atas inisiatif dan semangat yang tinggi, satu portable stesen menggunakan kuasa bateri di atas bukit telah dikesan dalam kegelapan malam di Daerah Alor Gajah Melaka. Pencapaian cemerlang yang boleh menerima dan memancar sehingga ke Kota Tinggi Johor dan relay mesej sehingga ke kawasan tengah dengan memasang antenna vertical omni directional untuk mendapat signal yang memuaskan. Setinggi-tinggi ucapan tahniah dengan semangat yang tinggi yang didasarkan kepada minat dan semangat. Syabas kepada 9W2VTM dan 9W2VCT. Difahamkan mereka memikul semua peralatan mendaki bukit lebih kurang 100 meter dari kenderaan kerana tiada laluan.

Terima kasih kepada 9W2HXO yang bertungkus lumus mempersiapkan mesej yang perlu dihantar oleh stesen kepada stesen yang lain demi menjayakan latihan ini dengan pengisian simulasi berita untuk tujuan latihan. Walaupun dikenalpasti masih ada kelemahan oleh stesen terutama terhadap skil menghantar berita dengan cepat tanpa berulang-ulang, kemahiran mengisi borang berita dan perkara lainnya, namun pengalaman sebegini sangat berharga dalam pengisian aktiviti dan proses pembelajaran.

Terima kasih kepada yang telah menyertai, berjumpa lagi dalam latihan simplex minggu hadapan, setiap hari Selasa mulai 2100 hingga 2230. Mari sama menyemarakkan simplex dan kemampuan stesen masing-masing sebagai persiapan komunikasi bencana. Sertai group whatsapp di https://chat.whatsapp.com/EW0zH3suaTO57zI73TLTOZ