Mesyuarat AJK / Biro / Perhubungan Daerah JASRA 3/2019

Mesyuarat telah dilaksanakan pada 9 Ogos 2019 bertempat di Rumah Kelab, Bandar Baru UDA lebih kurang bermula jam 10 malam. Mesyuarat agak lewat dimulakan kerana kekurangan korum, sehinggalah terpaksa menunggu hingga akhirnya dimulakan setelah korum mencukupi. Seperti mesyuarat sebelumnya, oleh kerana sebahagian dari Ahli Jawatankuasa jauh lokasinya dari tempat mesyuarat, demi menjimatkan masa dan kos perjalanan dan untuk lebih memudahkan, beberapa orang AJK menyertai mesyuarat secara Video Conferencing melalui aplikasi Skype. Terima kasih kepada 9W2EDD kerana telah menyediakan PC, mic dan web cam di Rumah Kelab untuk menentukan mesyuarat berjalan dengan lancar.

Banyak perkara dibincangkan dan sangat produktif, antaranya

– Perlantikan Setiausaha Kehormat yang baru dan penubuhan Biro Teknologi Maklumat

– Penyertaaan dalam CQ Merdeka dan National Field Day

– JASRA Net akan dikenali sebagai JASRA Net Mingguan (Bahasa Malaysia) dan JASRA Weekend Net (Bahasa Inggeris)

– Perkembangan Kad Keahlian JASRA (Untuk Ahli Seumur Hidup sahaja)

– Tabung Kos Senggaraan Repeater

– Pembaharuan Apparatus Assignment untuk Repeater

– Cadangan Jualan T-Shirt JASRA

– Perkembangan terkini Sistem Online Keahlian

– Perkembangan terkini Laman Web JASRA dan server webhosting dan VPS (Virtual Private Server)

– Cadangan mengadakan Manual / SOP oleh Biro Latihan

– Perkara-perkara lain

Mesyuarat ditangguhkan lebih kurang jam 11:50 malam. Terima kasih kepada semua yang hadir dan juga kepada yang menyertai mesyuarat secara Video Conferencing.