Mesyuarat Atas Talian (Online) AJK/Perhubungan Daerah dan Biro 3/2021

Sesuai dengan norma baru sekarang dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan, Ahli Jawatankuasa JASRA termasuk Perhubungan Daerah dan Biro telah mengadakan mesyuarat secara atas talian (online) pada 15 Feb 2021. Mesyuarat telah dihadiri oleh AJK, Perhubungan Daerah dan Biro dari lokasi yang berjauhan dari negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. Sebelum gejala COVID19 lagi, jawatankuasa JASRA juga telah beberapa kali mengadakan mesyuarat secara online untuk memudahkan, menjimatkan masa dan kos perjalanan ke satu-satu lokasi dengan mengadakan mesyuarat secara fizikal.

Dalam keadaan sekarang dimana norma baru ini menyebabkan trafik internet begitu memuncak terutama semasa ‘peak hours’, pengguna yang tiada mempunyai kemudahan internet fiber dilokasi masing-masing mengalami masalah dengan sambungan internet yang tersekat-sekat dan tidak stabil. Mesyuarat yang pada permulaannya menggunakan aplikasi Skype akhirnya dapat disambung dan diteruskan menggunakan aplikasi VOIP JASRA yang lebih stabil dan lancar. Terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa, Perhubungan Daerah dan Biro yang hadir dalam perbincangan isu-isu semasa, penambahbaikan dan keputusan sebulat suara yang dicapai.