MySET JASRA Siri 1/2020

MySET JASRA Kedua Siri 1/2020 dalam band 2 meter (VHF) FM Voice Mode akan dilaksanakan dengan maklumat seperti berikut:

Hari Aktiviti (D Day). Akan dilaksanakan pada Jumaat, 27 Mac 2020 bermula jam 9 malam hingga 12 malam.

Penyertaan. Secara individu atau berkumpulan. Sekiranya berkumpulan, hanya satu callsign sahaja perlu didaftarkan dan dipergunakan. Mereka yang telah mendaftar sebagai ahli EDCRT JASRA sangat digalakkan. Stesen dari luar negeri Johor/Melaka digalakkan menyertainya.

Peta Penyertaan. Terakhir dikemaskini 26 Mac 2020 23:48:42

Pendaftaran. Secara Online dengan mengisi borang web di bawah.

Tarikh tutup pendaftaran.  PENDAFTARAN TELAH DITUTUP

Arahan Terperinci. Akan diterima melalui email setelah membuat pendaftaran. Jika tiada, pastikan anda check SPAM folder di email anda.

Taklimat. Melalui Aplikasi Skype pada 24 Mac 2020 (Selasa) jam 9 malam. Invite Link dinyatakan dalam email setelah anda mendaftar.

Peraturan Ringkas Aktiviti

1. Hanya simplex sahaja dibenarkan. Tiada penggunaan repeater.

2. Kuasa pancaran. Yang bersesuaian, maksimum 50 Watt.

3. Sumber kuasa. Generator atau bateri sahaja. Penggunaan sumber tenaga elektrik komersial TIDAK DIBENARKAN.

4. Komunikasi menggunakan Internet @ Media Sosial. Semasa aktiviti latihan, TIDAK DIBENARKAN sama sekali. Komunikasi seratus peratus menggunakan Radio Frequensi. 

5. Kelengkapan Alat Komunikasi. Radio 2 meter band rig VHF dan antenna base station dengan ketinggian semaksimum yang boleh.

6. Lokasi Pemancaran oleh peserta. Berdasarkan situasi semasa wabak Virus Covid-19, semua penyertaan adalah WAJIB dari Base Station. Pengurusan JASRA tiada halangan sekiranya operasi secara team dilaksanakan di base station, namun budi bicara peserta sangat diharapkan dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) yang berkuatkuasa dari 18 – 31 Mac 2020. Pengurusan JASRA tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang kesan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa sekiranya berlaku berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

7. Frequensi yang dipergunakan. Arahan terperinci akan diterima melalui email setelah membuat pendaftaran. Jika tiada, pastikan anda check SPAM folder di email anda.

8. Aktiviti Simulasi / Latihan. Arahan terperinci akan diterima melalui email setelah membuat pendaftaran. Jika tiada, pastikan anda check SPAM folder di email anda

9. Callsign. Menggunakan callsign masing-masing.

10. Tanggung Jawab Station. WAJIB membantu sebagai Stesen Relay apabila mendengar mana-mana stesyen yang memanggil untuk menghantar berita kepada Stesen tujuan.

11. Log dan Berita. Arahan terperinci akan diterima melalui email setelah membuat pendaftaran. Jika tiada, pastikan anda check SPAM folder di email anda

12. Ujian Pancaran. Sila laksanakan atas inisiatif sendiri. Tiada ujian pancaran 10 minit sebelum aktiviti bermula.

13. Ragchew. Tidak dibenarkan. Hanya penghantaran berita antara Stesen sumber, Stesen Relay dan Stesen Penerima Berita.

14. Peralatan Radio / Logistik / Sajian / Kenderaan. Urusan persendirian.

15. Rekod Aktiviti. Semua lokasi dikehendaki mengambil video, rakaman suara dan gambar semasa aktiviti dilaksanakan sebagai dokumentasi aktiviti.