National Field Day dan Tautan Kasih KERAB

Adalah difahamkan, Kelab Rekreasi Radio Amatur Bersatu (KERAB) Daerah Bera akan menganjurkan program National Field Day dan Tautan Kasih Buang Yang Keruh dan Ambil Yang Jernih Hamradio pada 16 September mulai jam 1 tengahari hingga 5 petang bertempat di Kompleks Rakan Muda Daerah Bera.

Berdasarkan surat yang diedarkan, mana-mana rakan ham radio juga dijemput hadir. Kepada rakan-rakan yang berkelapangan dan berkesempatan, atau secara kebetulan berada di lokasi tersebut, silalah hadir untuk memberi sokongan kepada aktiviti yang akan dilaksanakan.

Seperti yang terpapar di edaran, aktiviti yang dianjurkan ialah komunikasi menggunakan radio HF, VHF dan UHF, Satellite Hunting, DXing, QSO, Eyeball dan pameran. Mudah-mudahan akan mendapat ilmu, pengalaman dan pengetahuan yang sangat berguna dalam aktiviti sedemikian, juga menyokong aktiviti Field Day yang dianjurkan oleh MARL. Tahniah kepada KERAB.