Pembaharuan Apparatus Assignment Repeater dan Gateway

JASRA baru-baru ini telah membelanjakan sebanyak RM 2,160 untuk pembaharuan Apparatus Assignment (AA) kepada 6 buah repeater untuk tempoh 5 tahun yang akan tamat pada 31 Disember 2024. Manakala pembaharuan kepada AA gateway untuk setahun dengan perbelanjaan RM 84.00 yang akan tamat pada 31 Disember 2020.

Terima kasih kepada Biro Repeater yang menguruskan pembayaran untuk pembaharuan AA repeater tersebut untuk kegunaan semua rakan-rakan radio amatur.