Sahur Net JASRA 2022 / 1443H

Sempena ketibaan bulan Ramadan tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya, Biro Net JASRA menganjurkan acara Sahur Net yang diadakan setiap hari di bulan Ramadan bermula jam 4.30 pagi. Sehubungan dengan itu, rakan-rakan dijemput untuk bersama memeriahkan dan menyokong acara tersebut.

Sekiranya ada diantara rakan-rakan yang berminat atau ada yang hendak mencuba dan mempelajari menjadi Net Control Station (NCS), silalah berhubung dengan 9W2ZNL Tok Abah selaku koordinator dan Biro Net JASRA.

Selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua rakan-rakan yang beragama Islam dan selamat berpuasa.