Senggaraan Repeater JASRA 9M4RLD Gunung Ledang

20 Jun 2020. Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada sukarelawan yang telah terlibat dalam kerja-kerja membuat senggaraan repeater 9M4RLD di Gunung Ledang yang dilaksanakan pada 20 Jun 2020. Seramai 14 orang sukarelawan telah memberikan sumbangan tenaga dan meluangkan masa untuk membantu membuat senggaraan tersebut.

Kerja-kerja yang dilaksanakan ialah memperkemaskan sambungan pole dengan tiang antenna 4 stacked folded dipole untuk receive antenna dengan menambah aluminium plate dan U clamp supaya sambungannya lebih kukuh. Selain dari itu, guide wire telah diperkemaskan ikatannya dan ditegangkan supaya kukuh sekiranya berlaku tiupan angin yang kuat di puncak gunung.

Sebahagian dari sukarelewan terutamanya yang kali pertama menjejakkan kaki ke puncak Gunung Ledang telah mengambil kesempatan untuk meneruskan perjalanan ke puncak, lebih kurang 1 km dari lokasi repeater ditempatkan. Secara keseluruhan, sukarelawan yang mengikuti kerja-kerja senggaraan kali ini sangat berpuashati dengan pengalaman yang telah dialami, terutamanya yang kali pertama.

Hujan lebat yang turun lebat dari awal pagi telah menyebabkan kabus tebal di puncak gunung yang menyebabkan pemandangan sekitar gunung tidak dapat dilihat dan cuacanya lebih dingin dari biasa. Namun, semasa mendaki menggunakan kenderaan, hujan mulai reda membolehkan kerja-kerja dilaksanakan dengan lancar.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang terlibat dan mudah-mudahan semangat kerja sukarela ini diteruskan untuk senggaraan dimasa-masa yang akan datang. Ucapan terima kasih kepada 9W2ECQ bang Amir yang menyumbang sarapan pagi / makan tengahari mee segera, terima kasih juga kepada 9W2SGJ Sufian (walaupun tak dapat ikut disaat-saat akhir) dan SWL Shahidah yang menyumbangkan perbelanjaan untuk minum/makan petang setelah turun dari gunung. Mudah-mudahan sumbangan ini diberikan rahmat, dimurahkan rezeki olehNya.

Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat.

9W2FRP SAPUAN BIN SAMION
9W2ZNL ZAINAL BIN YAACOB
SWL SHAHIDAH BINTI ABDUL MALEK
9W2IZM JURAIZAM BIN JOGERAN
9W2BHL MOHD. FARID BIN HJ. SUDIN
9W2RIE YUSRI BIN MD SALEH
SWL MD DALI BIN DAKLAN
9W2MBZ MUHAMMADDIN BIN ZAINUDDIN
9W2WXU MUHAMMAD SYAFIQ BIN SHARUDIN
9W2ECQ MOHD AMIRUDIN BIN MOHD AJIT
9W2TRA ROSIDI B HUSIN
SWL MOHD IDAHAM B MOHD AMIN
9W2ZRI ZAIRRY BIN MOHD IBRAHIM
9W2GND GHAZALI BIN DAUD