Sumber: Facebook SKMM
MCMC hari ini melancarkan Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME), satu inisiatif strategik Kementerian Komunikasi bagi memperkukuh kesiapsiagaan dalam menghadapi situasi bencana dan kecemasan di tempat awam. Peluncuran telah disempurnakan oleh YB Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil di Cyberjaya.
PRIME merupakan sistem komunikasi bergerak berasaskan kenderaan yang dilengkapi teknologi satelit, selular, radio dua hala, Wi-Fi dan dron. Sistem ini berfungsi sebagai sokongan interim komunikasi yang membolehkan penyampaian maklumat, pengurusan bantuan dan operasi menyelamat dijalankan secara efektif, selaras dengan slogan PRIME – Ketersambungan Tanpa Batasan.
Inisiatif ini turut menyokong program jangkauan digital melalui Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan menjadi pemangkin kepada ekosistem komunikasi yang lebih inklusif dan responsif.
#MCMC
#PRIME
#NADI