Status Repeater Mersing 9M4RJM

Adalah difahamkan dari Biro Repeater, repeater linking JASRA di Mersing 9M4RJM tidak beroperasi buat masa ini. Difahamkan antenna folded dipole telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi kerana guide wire nya putus dan tumbang. Kesan dari itu, atap genting tuan rumah pecah dan telah dibuat penggantian oleh 9W2CCO Azmi Abdul Rahman.

Status terkini, repeater tersebut telah dibuka dan buat sementara waktu disimpan di rumah 9W2CCO untuk pencarian dan seterusnya pemasangan di lokasi baru.