Tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia yang ke 10

Seluruh keluarga besar JASRA mengucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 10 pada 24 November 2022. Adalah diharapkan dengan kepimpinan, kepercayaan dan amanah yang diberikan, negara kita dapat menghapuskan politik dendam dan mengelak daripada sebarang perpecahan dalam sebuah masyarakat majmuk. Masa depan negara perlu ke arah kesederhanaan dan meraikan kepelbagaian.