Update. Simposium Radio Amatur Malaysia 2019

Berlanjutan daripada pemberitahuan mengenai Simposium Radio Amatur Malaysia 2019 yang julung-julang kali diadakan pada Sabtu, 20 Julai 2019, adalah difahamkan masih terdapat kekosongan tempat untuk rakan-rakan radio Amatur secara individu untuk menyertainya. Mereka yang berminat mestilah mengesahkan kehadiran melalui pautan ini untuk memudahkan pentadibiran penganjur. Walau bagaimanapun, sekiranya tempat telah penuh, difahamkan penganjur akan menutup pendaftaran online tersebut. Oleh itu, jangan buang masa lagi, kepada yang sangat berminat, sila mendaftar dan mengesahkan kehadiran anda seberapa segera. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Selain daripada itu, pihak penganjur akan berusaha sebaik mungkin untuk mengadakan Youtube Live Streaming untuk memberikan peluang kepada mereka yang tidak dapat hadir kerana tugasan dan sebab-sebab lain untuk mengikutinya secara online. Live streaming tersebut hanya akan aktif apabila acara telah dimulakan. Sila rujuk kepada pautan ini..

 

Aturcara program yang terkini seperti dibawah:

Masa Aktiviti
08.00 pagi Pendaftaran
peserta (Sarapan
disediakan)
09.00 pagi Majlis Perasmian
Bacaan doa
Ucapan Pengerusi Jawatankuasa
Ucapan Perasmian oleh Ketua Pegawai Digital MCMC, En. Gerard Lim Kim
Meng
09.20 pagi Rehat / Minum pagi
09.30 pagi Sesi 1

Topik 1 : Kawalselia dan Pembangunan Radio Amatur Malaysia
Penceramah : MCMC – Bahagian Teknologi dan Standard, MCMC – Bahagian
Pelesenan dan Penguntukan

Topik 2 : Sumbangan dan Khidmat Radio Amatur di Malaysia

Penceramah : Abdul Aziz Noor (9M2AU), Dato’ Zullkiffely Bin Darus (9W2TQ)
Moderator : Salamon Ali Rizal (AJK Simposium)

10.30 pagi Sesi 2

Topik 3 : Kesedaran Serta Promosi Radio Amatur Kepada Masyarakat
Malaysia
Penceramah : Dr. Ahmad Faizal Mohd Zain (9M2DX)
Moderator : Salamon Ali Rizal (AJK Simposium)

Topik 4 : Peranan dan Pentingnya Ilmu Radio Amatur di dalam Sistem
Pendidikan
Penceramah : Ts. Dr. Ahmad Azlan Ab Aziz (9M2AGC)
Moderator : Zanirul Akhmal Zanirun (AJK Simposium)

11.30 pagi Sesi 3

Topik 5 : Peranan Persatuan untuk Menaikkan Bidang Radio Amatur di
Malaysia

Penceramah :

Ir. Mohd Aris Bernawi (9M2IR), Presiden Malaysian Amateur Radio
Transmitters Society
Dato’ Bahari bin Taib (9W2DBT), Presiden Persatuan Radio Amatur
Melayu Utara Semenanjung Malaysia
Lt. Kol Bersekutu (PA) Dato’ Hj. Abd Lah @ Abdullah bin Hj. Awang
(9W2HOZ), Presiden Jalur Selatan Radio Amatur

Moderator : Mohd Ashwar bin Abdul Aziz (AJK Simposium)

Topik 6 : Bicara Minda – Bagaimana Radio Amatur Malaysia untuk Maju ke
Hadapan Menjadi Bidang yang Menyumbang kepada Pembangunan Negara, Modal
Insan dan Masyarakat

(Terbuka kepada hadirin untuk memberi pendapat – had masa 5 minit
seorang)

Moderator : Mohd Ashwar bin Abdul Aziz (AJK Simposium), Salamon Ali
Rizal (AJK Simposium), Zanirul Akhmal Zanirun (AJK Simposium)

1.00 petang Rehat / Makan
tengahari
2.00 petang Sesi 4

Soal dan Jawab

Panel : Mohd Ashwar bin Abdul Aziz (AJK Simposium), Salamon Ali Rizal
(AJK Simposium), MCMC – Bahagian Teknologi dan Standard, MCMC –
Bahagian Pelesenan dan Penguntukan

3.30 petang Sesi 5

Penggulangan isu-isu dan cadangan simposium oleh AJK Simposium

4.15 petang Sesi Perasmian
PenutupUcapan Perasmian Penutup oleh Pengerusi Jawatankuasa Simposium
4.30 petang Minum petang
5.00 petang Majlis bersurai