Info Kebajikan: 9W2MTT Abdul Basir Tan bin Abdullah

Adalah dimaklumkan kepada rakan-rakan, sesiapa yang mengenali 9W2MTT Abdul Basir Tan bin Abdullah telah mengalami kemalangan jalanraya dan sekarang berada di Hospital Besar Melaka. 

Difahamkan kemalangan motorsikal berkenaan berlaku semasa beliau dalam tugasan Grab Food menghantar makanan kepada pelanggan. Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan derma, bolehlah berbuat demikian kepada pemegang amanah dengan maklumat berikut:

Maybank
158118160595
Mohd Hafizi Bin Mohamad (9W2VPZ) 019 546 6322

Semoga dengan derma tuan-tuan akan dapat meringankan sedikit musibah kemalangan tersebut dan sama-samalah kita mendoakan agar tidak terjadi kecederaan yang serius kepada beliau. Setakat ini belum diketahui dengan jelas perkembangan terkini dan akan dikemaskinikan apabila maklumat tambahan diperolehi.