Penyertaan JASRA dalam CQ Merdeka

Seperti aktiviti tahun yang lalu, pada tahun ini sekali lagi JASRA akan menyertai acara CQ Merdeka, kali ini dengan special callsign 9M62MJ. Pada tahun yang lalu, JASRA Melaka telah terlibat dengan menggunakan special callsign 9M61MM

Acara tahunan ini yang dianjurkan oleh MARTS hanya berlangsung selama tiga hari sahaja bermula 30 Ogos hingga 1 September 2019, berbeza dari tahun yang lalu yang berlangsung disepanjang bulan kemerdekaan. Perkara yang dititik beratkan ialah antaranya

  • Mengetahui teknik dan cara CQ contest dan penggunaan phonetic DX
  • Mengetahui dan mempelajari penggunaan perisian logging
  • Memuat naik data CQ dalam format *.adi ke website 9MDXC dan ke qrz.com
  • Memaksima penggunaan band yang dibenarkan
  • Memaksimakan mode yang dipergunakan

Adalah difahamkan, special net CQ Merdeka di repeater juga akan diadakan. 

Marilah sama-sama memeriahkan acara ini yang akan diadakan di Rumah Kelab JASRA Bandar Baru UDA dan bersama-sama menyokong aktiviti ini sebagai penambahan ilmu.