Serahan Banner JASRA kepada Perhubungan JASRA Daerah Segamat

Sesi penyerahan Banner JASRA kepada wakil Perhubungan JASRA Daerah Segamat telah berlangsung pada 27 Ogos 2019, pukul 9:45 malam. Bertempat di Restoran Tom Yam Bistro Taman Yayasan Segamat. Banner JASRA ini diserahkan oleh wakil rasmi JASRA pusat iaitu 9W2JMD [Bang Halim] kepada wakil Perhubungan JASRA Daerah Segamat iaitu 9W2JPX [Cikgu Hezree]. Semasa sesi penyerahan ini terdapat juga rakan HAM lain daripada daerah Segamat yang turut hadir iaitu 9W2WBX [Bang Wan Mutalib], 9W2ABA [Bang Khairil Azmir], 9W2XPV [Bang Shahmi] dan SWL Aliff [bakal mengambil ujian ORAE pada 5 September 2019]

Semasa sesi perjumpaan ini banyak idea – idea dan pengalaman dikongsikan oleh 9W2JMD tentang radio amatur. Di samping itu, hubungan silaturahim dalam kalangan rakan HAM di Segamat dapat dieratkan. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah berusaha untuk merealisasi BANNER JASRA ini supaya seragam bagi setiap daerah.