Penggunaan Peralatan Radio Peribadi (477.0125 MHz hingga 477.4875 MHz dan 477.5250 MHz hingga 477.9875 MHz)

Rujukan: MCMC

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (“MCMC”) telah mengeluarkan Notis pada 18 Mei 2020 dengan maklumat seperti dibawah, iaitu membatalkan kebenaran penggunaan freq Peralatan Radio Peribadi kepada pengguna awam untuk frequensi UHF 477.0125 MHz hingga 477.4875 MHz dan 477.5250 MHz hingga 477.9875 MHz. 

Namun tidak jelas dan tidak dinyatakan sebab, kenapa dan mengapa keputusan tersebut diambil. Pengumuman tersebut telah mengundang pelbagai reaksi khususnya kepada pengguna dan penggiat radio, bukan sahaja kepada rakyat umum namun kepada pengguna radio amatur juga. Sila baca butiran lengkapnya seperti di bawah.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (“MCMC”) dengan ini mengumumkan bahawa penguntukan kelas  yang telah dikeluarkan dibawah Seksyen 169 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk peralatan radio
peribadi (‘personal radio service’) yang beroperasi dalam jalur frekuensi 477.0125 MHz hingga 477.4875 MHz dan 477.5250 MHz hingga 477.9875 MHz akan dibatalkan berkuatkuasa pada 1 Januari 2021. Penggunaan peralatan tersebut tidak akan dibenarkan bermula daripada tarikh tersebut.

Oleh itu, pembelian dan/atau pengimportan baharu peralatan radio peribadi yang beroperasi dalam jalur frekuensi yang dinyatakan adalah tidak digalakkan. Notis ini dikeluarkan menurut peraturan 28 Peraturan- Peraturan Komunikasi Dan Multimedia (Spektrum) 2000.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Bahagian Perancangan Spektrum
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
MCMC Tower 1, Jalan Impact, Cyber 6, 63000 Cyberjaya, Selangor
Tel : +60 3 8688 8000
E-mel : spd.fbs@mcmc.gov.my

English Version

Usage of Personal Radio Service Device(s) (477.0125 MHz to 477.4875 MHz and 477.5250 MHz to 477.9875 MHz)

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (“MCMC”) hereby wishes to announce that the Class Assignment issued under Section 169 of the Communications and Multimedia Act 1998 for personal radio service
device(s) operating in the 477.0125 MHz to 477.4875 MHz and 477.5250 MHz to 477.9875 MHz frequency bands will be cancelled effective on 1 January 2021. Usage of these personal radio service device(s) will no
longer be permitted from the stated date onwards.

Therefore, the purchase and/or importation of any new personal radio service device(s) operating in the abovementioned frequency bands are not encouraged. This Notice is issued pursuant to Regulation 28 of the Communications and Multimedia (Spectrum) Regulations 2000.

For further enquiries, please contact:
Spectrum Planning Division
Malaysian Communications and Multimedia Commission
MCMC Tower 1, Jalan Impact, Cyber 6, 63000 Cyberjaya, Selangor
Tel : +60 3 8688 8000
E-mail : spd.fbs@mcmc.gov.my