ISOTA Gunung Ledang 9M2/J-026

11 Julai 2024. Akhirnya aktiviti JASRA bersama Dx Portable dalam program ISOTA telah berjaya dilaksanakan di kawasan perkhemahan Gunung Ledang pada 5 – 7 Julai 2024 di ketinggian  lebih kurang 1200 meter. Program ini telah disertai oleh seramai 17 orang yang turut sama hadir memeriahkan aktiviti tersebut.

Peraturan ISOTA yang diperkenalkan adalah berkonsep lebih santai dan memudahkan, tidak banyak larangan seperti peraturan yang ditetapkan dalam SOTA. Oleh itu, dengan menggunakan kuasa bateri portable, bateri dari kenderaan dan membawa segala peralatan dengan kenderaan adalah sangat selesa dan memudahkan khususnya bermalam dan berkhemah diatas gunung.

Dalam suasana cuaca yang tidak menentu, namun secara keseluruhannya cuaca sejuk sebegitu sedikit sebanyak memberikan cabaran, selain dari memasang antenna dipole long wire, antenna End Feed Half Wave dan antenna Rotary Dipole. Percubaan memancar dalam digital mode khususnya FT8 menemui kegagalan kerana masalah teknikal yang tidak dapat diselesaikan. Walau apa pun, aktiviti tetap diteruskan dengan memancar dalam voice mode SSB dan lebih tertumpu dalam 40 m Band.

Secara keseluruhannya, 9M4CJS berjaya mencatatkan sebanyak 253 QSO dan sehingga tarikh berita ini ditulis, 41 Confirm QSO seperti rekod yang dicatatkan didalam qrz.com. Selain daripada itu, aktiviti membuat senggaraan kepada solar panel repeater VHF juga dilaksanakan.

Tahniah kepada semua yang terlibat menyertai acara ini demi memeriahkan aktiviti sukan radio. Adalah diharapkan aktiviti sebegini dapat lagi dilaksanakan pada masa hadapan dengan penambahbaikan dari segi peralatan, mode dan band yang digunakan.