Liputan Berita Mesyuarat Agung JASRA ke 15

Akhirnya Mesyuarat Agung JASRA Kali yang ke 15 dan jamuan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri JASRA telah selesai diadakan di Rumah Kelab JASRA Daerah Kluang pada Sabtu, 21 Mei 2022. Pada Mesyuarat Agung kali ini, pemilihan, undian dan perlantikan Ahli Jawatankuasa yang baru telah dilaksanakan untuk sessi 2022 / 2023.

Sedikit kelainan, Mesyuarat Agung kali ini juga dapat disertai oleh ahli yang tidak dapat hadir secara fizikal melalui Youtube Live Streaming dan memberikan cadangan dan komen melalui ruangan chat. 

Setelah selesai proses pembentangan laporan aktiviti dan laporan kewangan, berikut ialah senarai Ahli Jawatankuasa untuk 2022 / 2023.

AJK 2022/2023

Pengerusi – 9W2HOZ ABD LAH @ ABDULLAH BIN AWANG
Timbalan Pengerusi – 9W2USM MUSTAFA BIN BAHARI
Naib Pengerusi – 9W2LBY BAIDARI BIN YACOB
Setiausaha Kehormat- 9W2FRP SAPUAN BIN SAMION
Penolong Setiausaha Kehormat – 9W2FNZ MOHD FIRDAUS BIN ARIS
Bendahari Kehormat- 9W2LYN MOHD KAMSANI BIN KADIR
Penolong Bendahari Kehormat – 9W2JJX NOORRA ZHILLA BINTI ABU BAKAR

AJK

9W2ZTU ZULKARNAIN BIN HARON
9W2RLW SYAHRUL ANUAR BIN ABU SAMAH
9W2GND GHAZALI BIN DAUD
9M2DGA SHAHARUDDIN BIN ABDULLAH (dilantik)
9W2MPT ROSLI BIN ABU BAKAR (dilantik)

JURUAUDIT

9W2JCG ABDUL RANI BIN MD DAN
9W2KJR MOHD KHALIL BIN JUSOH

PENTADBIR HARTA

9W2LBY BAIDARI BIN YACOB
9W2RLW SYAHRUL ANUAR BIN ABU SAMAH
9W2MPT ROSLI BIN ABU BAKAR

            PEMEGANG AMANAH

            9W2NEW NORHISHAM BIN BAHAROM
            9W2YYV MOHD YAZID BIN SURAT@SURATMAN

Seluruh keluarga besar JASRA mengucapkan tahniah dan syabas kepada yang telah dilantik. Sesungguhnya perlantikan ini merupakan satu kepercayaan yang telah diberikan, disamping diberikan amanah dan tanggung jawab untuk melaksanakan tugas di dalam organisasi.

Disamping itu, cabutan nombor bertuah juga diadakan. Tahniah kepada mereka yang bertuah mendapat hadiah istimewa daripada JASRA. Setelah itu, majlis jamuan Hari Raya juga diadakan dengan menikmati juadah yang disediakan. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menyumbang dan membawa juadah dan hidangan makanan dan minuman untuk majlis tersebut, disamping juadah asas yang dibiayai oleh JASRA.

Warga JASRA juga mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan Kluang yang telah membuat persiapan tempat untuk Mesyuarat Agung kali ini.  Keluarga besar JASRA sangat menghargai dan terharu dengan sambutan yang diberikan apabila ahli dan rakan dari jauh, khususnya dari Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka, termasuk dari Negeri Johor sendiri bersusah payah memperuntukan masa dan perbelanjaan untuk hadir.

Mudah-mudahan dengan semangat dan keikhlasan yang diberikan, JASRA akan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua ahli dan rakan-rakan radio amatur hasil dan kerjasama dan kesepakatan kita bersama. Terima kasih sekali lagi.