MCMC Amateur Radio Operator Certification

Sumber: MCMC Amateur Radio Operator Certification

Guidelines for Amateur Radio Service in Malaysia

Guidelines for Amateur Radio Service in Malaysia 3rd Edition

Amateur Radio HandBook

Amateur Radio HandBook 1st Edition

Question Bank

MCMC Question Bank Class A

MCMC Question Bank Class B

MCMC Question Bank Class C

SKMM Examination Management System Radio Amateur Service (SEMS)

Sekitar dua tiga hari yang lalu, laman web MCMC seperti link diatas telah menerbitkan sumber rujukan yang sangat penting untuk pengamal radio amatur di Malaysia. Rujukan ini memberikan impak yang sangat besar khususnya terhadap perubahan dan polisi terkini MCMC sebagai pengawal selia radio amatur di negara ini. Namun yang jelasnya, panduan tersebut dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris sebagai rujukan utama, pemerhatian di media sosial menunjukkan ada yang merungut kerana tidak memahami sepenuhnya kerana tiada terjemahan dalam bahasa kebangsaan ditemui. Antara impak besar yang ditemui ialah tiada lagi kewajipan terhadap ujian morse code untuk naik kelas dari Kelas B kepada Kelas A.

Prefix 9W3

Kemaskini Panduan edisi ini sangat jelas memberikan perubahan yang terkini iaitu penambahan Kelas C. 

Muka surat 9 menyatakan Prefix callsign yang akan digunakan oleh operator Kelas C ialah 9W3, dimana prefix kepada Kelas B dan Kelas A tidak berubah seperti sedia kala.

Selain dari itu, muka surat 16 hingga 18 menyatakan soalan RAE untuk Kelas A dan B adalah sebanyak 50 soalan dengan masa menjawab 1.5 jam. Manakala Kelas C hanya perlu menjawab 35 soalan dengan masa menjawab 1 jam.

Muka surat 24 menyatakan kewajipan operator mempamerkan AA berhampiran peralatan radio masing-masing, begitu juga kewajipan mempamerkan salinan AA peralatan radio di kenderaan.

Band Plan

Satu perkara yang lebih menarik perhatian ialah perubahan dan dasar terkini kepada Band Plan khusus untuk pengamal radio amatur. Sangat mengujakan apabila pengamal Radio Amatur Kelas B kini telah dibenarkan memancar di 80, 60, 40, 30, 20, 17, 15, 12, 10 meter band untuk High Frequency dengan kuasa pancaran maksimum 50 Watt kecuali untuk 60 meter band, berbanding sebelum ini hanya 40 dan 10 meter band sahaja.

 

Sudah pasti perubahan dasar ini satu berita yang ditunggu-tunggu selama ini, khususnya kepada mereka yang tinggal di taman perumahan yang sering bermasalah dengan dipole antenna yang sangat panjang sehingga ada kalanya terpaksa merentasi sedikit ‘ruang udara’ rumah jiran yang akhirnya boleh menimbulkan salah faham dan perbalahan.

Kesimpulan

Ulasan ringkas ini tidak memberikan penerangan lengkap, hanya menimbulkan beberapa perkara penting untuk diambil perhatian. Ambil perhatian terhadap bank soalan yang disertakan juga. Walau apa pun alasannya, adalah diharapkan rakan radio amatur atau mereka yang berminat wajib memuat turun dokumennya dalam pdf dan bacalah berkali-kali untuk memahaminya.

Admin