Mesyuarat Agung JASRA ke 13

Adalah dimaklumkan kepada semua ahli-ahli JASRA bahawa Mesyuarat Agung Tahunan JASRA ke 13 tahun 2020 akan dilaksanakan dengan maklumat seperti berikut:

Tarikh: 7 Mac 2020 (Sabtu)

Tempat: Rumah Kelab JASRA Daerah Kluang. Google Map

Masa: 10.30 pagi

Agenda Mesyuarat

1. Meluluskan Minit Mesyuarat Agung yang lalu.

2. Menerima Laporan Aktiviti.

3. Membentang dan Menerima Laporan Bendahari dan Penyata Kewangan.

4. Pemilihan AJK baru tahun 2020/2021

5. Membentangkan Usul-usul yang di terima sekiranya ada.

6. Lain-lain hal.

7. Penangguhan Mesyuarat.

Surat Notis Pemberitahuan

Surat makluman secara rasmi untuk mesyuarat agung akan dihantar pada 23 Febuari 2020. Sekiranya tuan-tuan yang tidak menerima surat oleh kerana pelbagai sebab seperti salah alamat atau kelewatan pos atau sebab-sebab lain, pihak tuan dijemput hadir melalui makluman di laman web ini.

Kaunter Semakan Online

Kaunter pembayaran yuran, semakan data ahli dan mendaftar keahlian (online) juga akan dibuka pada tarikh berkenaan. Tuan-tuan dinasihatkan datang awal untuk urusan berkenaan.

Sila muat turun versi pdf Notis_Mesyuarat_Agung_JASRA_Ke_13