Program Mingguan Latihan Simplex Merentasi Sempadan

Jawatankuasa Penganjur MySET JASRA memikirkan keperluan untuk menganjurkan program pancaran simplex sebagai acara mingguan sebagai satu latihan kepada rakan-rakan yang berminat dalam aktiviti seperti ini dan menguji pencapaian radas masing-masing.

Acara simplex ini akan dianjurkan setiap hari Jumaat bermula jam 9 malam hingga 10.30 malam. Rakan-rakan dimana-mana lokasi adalah digalakkan menyertai aktiviti ini sebagai percambahan ilmu, pengalaman dan pengujian kemampuan peralatan radio masing-masing.

Frequensi yang dipergunakan adalah seperti berikut:

Frequency 1 (F1) 144.260 MHz
Frequency 2 (F2) 144.280 MHz
Frequency 3 (F3) 144.300 MHz
Frequency 4 (F4) 144.320 MHz

Sila pergunakan F1, F2, F3 dan F4. Untuk maklumat dan tindakan rakan-rakan semua.