Mesyuarat Agung Tahunan JASRA ke 13 dan AJK JASRA 2020/2021

Seluruh ahli dan keluarga besar JASRA mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pengurusan baru JASRA yang telah dilantik pada Mesyuarat Agung JASRA ke 13 yang diadakan di Rumah Kelab JASRA Daerah Kluang pada 7 Mac 2020. Terdapat wajah lama dan wajah baru yang terus diberikan kepercayaan untuk menerajui kepimpinan dan pengurusan JASRA untuk lebih maju ke hadapan.

Ahli Jawatan Kuasa Jasra Sessi 2020/2021

1. Presiden – 9W2HOZ Lt. Kol Bersekutu (PA) Dato Hj Abd lah @ Abdullah Bin Hj Awang (Pak Lah)
2. Timbalan Presiden – 9W2USM Mustafa Bahari (Pak Mus)
3. Naib Presiden – 9W2LBY Baidari Bin Yacob (Tok Bai)
4. Setiausaha – 9W2FRP Sapuan Samion (Romzi) (dilantik)
5. Penolong Setiausaha – 9W2JPX Mohd Hezree bin Mohamed Noor (dilantik)
6. Bendahari – 9W2EDD Eddie Jose (dilantik)
7. Penolong Bendahari – 9W2JJX Noorra Zhilla Binti Abu Bakar (dilantik)

Ahli JawatanKuasa

8. 9W2BPC Mohd Ali Bin Ahmad
9. 9W2SSS Mohd Azizul Kamal Bin Mukhtar
10. 9W2ZNL Zainal Bin Yaacob
11. 9W2USC Zulhelmi Bin Aziz (dilantik)
12. 9W2FNZ Mohd Firdaus Bin Aris (dilantik)

Pemeriksa Kira-kira

1. 9W2JCG Abd Rani Bin Md Dan
2. 9W2BCB Mohamad Radzi bin Hassan

Kepada AJK lama yang telah memberikan sumbangan masa, tenaga dan bantuan sukarela ini, ucapan ribuan terima kasih diucapkan. Mesyuarat Agung pada kali ini telah dihadiri seramai 43 orang dan berjalan dengan lancar. Selain dari itu, dibuka kaunter jualan T-Shirt dan cenderahati lain yang memberikan peluang rakan-rakan membuat pembelian dan tempahan.

Pada waktu yang sama juga, menerima kedatangan tetamu dari MARES yang diketuai oleh 9M2RZL yang turut membawa kenderaan MARES. Seluruh keluarga JASRA ingin mengucapkan tahniah kepada 9W2KJR Bang Khalil dari Kuala Terengganu dan 9W2HXO Pak Hamdan dari Semenyih Selangor yang juga turut hadir.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada rakan radio amatur Kluang yang membantu menyediakan tempat untuk diadakan Mesyuarat Agung Tahunan JASRA ke 13 pada tahun ini. Mudah-mudahan semua Ahli Jawantankuasa yang telah diberi kepercayaan dan dilantik akan dapat menjalankan tugas dengan penuh ikhlas dan terbaik.