Penjualan atas nama JASRA

Telah berlaku kejadian penjualan barang berupa T-Shirt yang dilakukan oleh individu tertentu yang menggunakan nama JASRA dan difahamkan T-Shirt berkenaan menggunakan logo JASRA tanpa pengetahuan atau kelulusan mesyuarat pengurusan JASRA sendiri.

Ahli Jawatankuasa JASRA sangat memandang berat kejadian ini dimana perbuatan ini boleh menjejaskan nama baik JASRA secara tidak langsung apabila timbul masalah penipuan atau perkara seumpamanya. Pengurusan JASRA ingin mengingatkan kepada semua ahli JASRA atau sesiapa sahaja bahawa hanya penjualan yang diluluskan melalui mesyuarat AJK JASRA dan direkodkan dalam Minit Mesyuarat sahaja yang dibenarkan dan seterusnya dihebahkan melalui Laman Web Rasmi JASRA di https://web.jasra.org.my atau https://www.jasra.org.my dan Facebook rasmi JASRA.

Semua ahli dan rakan-rakan diingatkan untuk berwaspada untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini akibat perbuatan orang-orang tertentu yang boleh menjejaskan nama baik JASRA secara tidak langsung. Pengurusan JASRA tidak akan bertanggung jawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini terhadap mana-mana penjualan menggunakan nama dan logo JASRA tanpa mendapat sebarang kelulusan pengurusan JASRA terlebih dahulu.