Mesyuarat Agung Tahunan JASRA ke 16

Adalah dimaklumkan, Mesyuarat Agung JASRA ke 16 akan diadakan seperti maklumat di bawah:

Tarikh : 18 Febuari 2023 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Rumah Kelab JASRA Daerah Kluang
JKR 449, Jalan Hospital, Kluang,
Johor Darul Takzim

2. Semua rakan-rakan dengan segala hormatnya dijemput hadir. Kaunter pembayaran yuran dan pendaftaran ahli baru juga dibuka. Mohon kehadiran awal untuk melancarkan acara.

3. Jamuan makan tengahari disediakan disamping acara cabutan bertuah yang menyediakan banyak hadiah yang menarik. Ahli-ahli dimohon untuk memajukan apa-apa usul khususnya pindaan perlembagaan (sekiranya ada) untuk dibentangkan semasa mesyuarat kepada setiausaha melalui email secretary at jasra.org.my

4. Adalah diharapkan kehadiran tuan/puan akan memeriahkan majlis yang dianjurkan disamping mengeratkan silaturahim sesama kita. Kehadiran tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

File PDF Muat Turun Disini. Notis_Mesyuarat_Agung_JASRA_Ke_16