Rayuan Sumbangan Derma untuk 9W2LYN Kamsani @ Halim

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua rakan-rakan,

Adalah dimaklumkan sahabat kita, 9W2LYN Kamsani atau lebih dikenali dengan nama Kapten Halim telah dimasukkan ke ICU, Hospital Sultan Ismail, Taman Mount Austin, Johor Bahru sejak 28 Disember 16 Disember yang lalu. Isteri beliau, Puan Haslinda menyatakan bahawa suaminya mengalami masalah paru-paru berair, jangkitan kuman dan Tuberculosis (TB) atau dipanggil batuk kering. Keadaan beliau sekarang, saluran pernafasannya dimasukan tiub untuk mengawal pernafasan dan dijangka akan dilaksanakan pembedahan di kerongkong untuk memudahkan pernafasan dan membuang kahak. Buat sementara ini keadaan beliau ditidurkan, namun hanya langkah sementara sehingga pernafasan beliau kembali stabil.

Biro Kebajikan JASRA dengan ini merayu kepada semua rakan-rakan radio amatur atau sesiapa sahaja untuk membantu memberikan sumbangan derma demi meringankan sedikit beban keluarga dan waris beliau. Kepada rakan-rakan yang bermurah hati, sumbangan ikhlas tuan/puan boleh disalurkan ke akaun JASRA, Public Bank No Akaun 3987764411

Mohon panjangkan maklumat kepada Biro Kebajikan JASRA, 9W2BPC Pak Ali 0137836854 setelah sumbangan derma ikhlas tuan puan diberikan. Terima Kasih.

Biro Kebajikan JASRA
9W2BPC