National Field Day 2019 – Pendaftaran Masih Dibuka

National Field Day 2019 yang akan dianjurkan bermula bermula Ahad, 15 September, 08:00 Malaysia Standard Time (MST) hingga 16 September 2019, 23:59 MST sehingga kini telah mendapat beberapa penyertaan, sama ada penyertaan atas kategori Kelab atau Individu.

Seperti tahun-tahun yang lalu, acara ini akan disertai secara serentak oleh mana-mana Club Station atau Stesyen Individu di seluruh negara. Acara ini tidak berkonsepkan pertandingan, tetapi adalah acara santai bersama rakan-rakan atau keluarga. Anda boleh memancar di mana-mana band yang dibenarkan mengikut kelas Callsign yang anda pergunakan, sama ada callsignpersatuan/kelab atau individu. Acara ini juga bersempena dengan Hari Malaysia yang ke 56 tahun pada tahun ini.

Oleh itu, adalah diharapkan mana-mana kelab radio atau individu yang ingin mencuba peralatan masing-masing di lapangan, silalah mendaftar dengan segera, Maklumat lanjut boleh dibaca di website National Field Day. Terima kasih.