Update: Pameran Bulanan Radio Amatur oleh JASRA Batu Pahat di MPBP

Rujukan: Bandar rendah karbon: Komuniti Bandar Penggaram berjiwa besar

Ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada JASRA Batu Pahat yang telah dijemput untuk menyertai pameran anjuran Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP). Difahamkan pameran sempena “Carbon Free Day” adalah merupakan acara bulanan yang diadakan pada setiap minggu terakhir bulan berkenaan. Ini adalah peluang yang terbaik untuk mempromosikan radio amatur dengan membuat pengedaran brochure dan promosi laman web JASRA untuk mereka membaca dan mengetahui dengan lebih lanjut apa itu radio amatur.

Carian di internet mendapati bahawa Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah menggerakkan inisiatif ini dengan melibatkan 13 buah agensi untuk bersama-sama membantu ke arah bandar berkarbon rendah (LCCs) yang telah disasarkan pada tahun 2030 yang termaktub di dalam Pelan Induk Teknologi Hijau Malaysia (GTMP) 2017-2030 dimana Kerajaan telah mensasarkan pengurangan intensiti pelepasan karbon dioksida per KDNK sebanyak 40 peratus menjelang 2030 berbanding 2005.

Adalah difahamkan juga MPBP telah mendapat pengiktirafan Provisional Certificate Low Carbon City Framework (LCCF) oleh MESSTECC dan berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan pensijilan LCCF Diamond Rating menjelang tahun 2020 melalui kerjasama menyeluruh agensi yang terlibat.

Seluruh AJK dan ahli-ahli JASRA mengucapkan tahniah kepada JASRA Batu Pahat dibawah kepimpinan Pengerusi Perhubungannya 9W2BPC Pak Ali kerana telah diberi kepercayaan oleh MPBP. Mudah-mudahan kepercayaan ini akan terus dipupuk dan menjalinkan kerjasama yang lebih erat dalam hal-hal yang lain. Kepada ahli-ahli dan mana-mana rakan yang berkelapangan, berminat dan ingin menyumbang tenaga, adalah sangat dialu-alukan.

Kemaskini: 28 Sep 2019

JASRA Batu Pahat telah melaksanakan pameran Radio Amatur pada 28 Sep 2019. Adalah difahamkan berbagai aktiviti dianjurkan dalam masa yang sama seperti memanah, bowling kelapa, bola jaring dan shooting challenge.

 

End.