Pameran Radio Amatur Segamat

Tahniah diucapkan kepada Perhubungan Jasra Daerah Segamat kerana telah berjaya memenuhi jemputan daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung [MPKK] Kampung Kenangan dengan kerjasama Pejabat Daerah Segamat. MPKK telah menjemput Perhubungan Jasra Daerah Segamat bagi mengadakan pameran radio amatur untuk memeriahkan Program KomunitiKu Sihat Batu Anam.

Pameran ini telah diadakan pada 21 September 2019, bertempat di Dewan Serbaguna Batu Anam. Masa Pameran 8:00 pagi hingga 1:00 petang.

Terdapat banyak agensi lain juga terlibat sama mengadakan pameran seperti Pergigian ATM, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia, LPPKN, Persatuan Kanser Segamat, AADK Segamat, Perodua, Proton, dan lain – lain lagi. Perhubungan Jasra Segamat diberikan meja pameran nombor 10. Saudara Juraizam Bin Joregan [9W2IZM] selaku Pengerusi Perhubungan Jasra Segamat mengetuai pameran pada hari ini. 

Menurut saudara Juraizam, terdapat beberapa rakan Ham Segamat telah membantu menjayakan pameran ini. Mereka yang turut serta ialah 9W2JPX[Hezree], 9W2ABA [Azmir], 9W2ZNL [Tok Abah], 9W2WBX [Wan Mutalib], 9W2HGB [Man Ais] dan rakan daripada Ipoh sempat singgah ke tempat pameran iaitu 9W2FQK [Zul]. Menurut saudara Juraizam juga, semasa pameran ini, pihak mereka telah membuat pameran radas VHF, UHF dan HF. Di samping itu, pelabagai jenis antenna, panel solar dan bateri juga dipamerkan. Hal ini dapat membuktikan kepada para pengunjung bahawa semasa ketiadaan bekalan elektrik alatan radio amatur masih boleh beroperasi.

Para pengunjung juga diberikan peluang untuk mencuba menggunakan alatan VHF. mereka diberi peluang untuk ber QSO dengan rakan ham lain menggunakan pengulang Jasra 9M4RLD. ramai pengungjung mengambil kesempatan menggunakan alatan radio amatur pada hari ini.

Menurut saudara Juraizam lagi, Pegawai Daerah Segamat juga sempat bertanyakan kepadanya beberapa soalan semasa sesi kunjungan beliau ke meja pameran radio amatur. Antara soalan diajukan ialah tentang fungsi radio kepada masyarakat dan syarat – syarat untuk menjadi seorang pengendali radio amatur. Terdapat juga anggota RELA yang berminat dengan radio amatur. Majlis pada hari ini berakhir pada pukul 1:00 petang.