Pameran Radio Amatur di Segamat

Rakan-rakan Radio Amatur Segamat telah dijemput untuk menjayakan bersama sempena Karnival Kokurikulum Sek Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Arshad bertempat di Batu Anam, Segamat pada 25 Jun 2019. Di atas semangat ham dan niat memberikan pendedahan Radio Amatur kepada pelajar-pelajar sekolah, beberapa orang rakan Radio Amatur Segamat telah mengorbankan masa dan tenaga mereka dengan mengadakan pameran peralatan radio amatur kepada anak-anak sekolah.

Antara peralatan radio amatur yang dipamerkan ialah radio rig VHF, handy talkie, Solar panel, SWR meter, power supply, Radio HF dan beberapa antenna VHF / UHF serta antenna HF mobile. 9W2JPX Cikgu Azri mengambil kesempatan memberikan taklimat Pengenalan Radio Amatur kepada murid-murid di sekolah tersebut, antaranya penerangan kepentingan radio amatur semasa bencana alam, peralatan yang digunakan dan perkara lain yang berkaitan.

Murid-murid juga telah diberi peluang untuk ber QSO dengan rakan-rakan radio amatur yang berada di Johor Bahru dan di beberapa lokasi lain melalui stesyen pancar ulang di Gunung Ledang. Sambutan oleh pelajar-pelajar sangat menggalakkan dimana mereka dilihat agak gugup semasa berbicara di radio. Yang menariknya, Pengetuanya sendiri, Puan Rosiah binti Salim juga mengambil peluang ber QSO dengan rakan radio amatur.

Karnival Kokurikulum ini juga dimeriahkan lagi dengan sambutan hari raya dengan pelbagai hidangan makanan, juga pemberian duit raya kepada murid-murid.

Jalur Selatan Radio Amatur (JASRA) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada rakan-rakan Radio Amatur Segamat kerana telah memberikan komitmen dan kerjasama yang sangat tinggi demi menjayakan acara tersebut dan memberikan pendedahan tentang radio amatur. Rakan Radio Amatur Segamat yang telah memberikan komitmen adalah seperti berikut:

9W2JPX MOHD HEZREE BIN MOHAMED NOOR 
9W2ZNL ZAINAL BIN YAACOB 
9W2IZM JURAIZAM BIN JOGERAN 
9W2FNX FAIRUSSHAMIZAR BIN BONGSU
9W2ABA ??
9W2ABX ??
SWL DKK ??

Sumber gambar dan maklumat: 9W2ZNL