Pameran Radio Amatur di Sek Keb Kangkar Pulai 2

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada rakan-rakan yang telah terlibat dalam Pameran Radio Amatur dalam menyertai pameran sempena Pesta Usahawan Dan Kokurikulum (PUSKO) 2022/2023 yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Sek Keb Kangkar Pulai 2 pada 11 hingga 12 Februari 2023.

Pameran kali ini turut dibantu dan diserta oleh rakan-rakan JASRA iaitu 9W2MPT (ROSLI), 9W2FPT (NISA), 9W2FNZ (FIRDAUS), 9W2BLK (ESSAN), 9W2NEW (HISHAM), SWL SARAVANAN. Di antara aktiviti yang telah diadakan adalah pameran radas-radas radio amatur, antenna, gobox dan demonstrasi penggunaan radio dua hala menggunakan frekuensi HF, VHF dan UHF.

Disediakan oleh :

9W2FNZ