Alfatihah Kepada 9W2JQD Amir Hamzah

Adalah difahamkan sahabat kita 9W2JQD Amir Hamzah Bin Tambisan (1099030 Bekas PW II – 6 RRD) yang tinggal di Kulai telah ditimpa musibah kanser tahap 3 atau 4. Isteri beliau, Puan Laili yang dihubungi menyatakan suaminya mula mengalami demam yang berterusan mulai bulan November dan sehinggalah bulan Disember semakin parah, tidak boleh berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Kira-kira dua minggu yang lalu, keadaannya bertambah uzur dan tidak boleh bangun. Setelah menjalani ujian dan pemeriksaaan, difahamkan bahawa beliau diserang kanser dan difahamkan paru-paru beliau dalam keadaan yang kurang memuaskan.

 

Keadaan beliau yang kini terlantar dan kehilangan berat badan memerlukan sokongan dari rakan-rakan. Di samping itu, alangkah baiknya kita menziarahi orang yang sakit diiringi dengan membacakan doa untuknya agar diberi kesembuhan. Rakan-rakan yang berkelapangan boleh menziarahi beliau di alamat

NO 3724 JALAN JATI 6
BANDAR PUTRA
81000 KULAI

Kepada mereka yang ingin membuat sumbangan amal jariah, bolehlah berbuat demikian ke akaun Maybank beliau No akaun 151128104977. Sekiranya ada pertanyaan, hubungi anak beliau 01156430899.

Mudah-mudahan dengan sokongan yang diberikan, diberikan kesembuhan kepada beliau.

KEMASKINI PADA 8 MAC 2023

Dukacita dimaklumkan bahawa beliau telah meninggal dunia pada 7 Mac 2023 dan dikebumikan di Kangkar Pulai. Alfatihah kepada beliau.

Admin