Pengumuman. Peringatan Pembayaran Yuran Tahunan Ahli

Adalah dimaklumkan kepada semua ahli JASRA, mesyuarat AJK JASRA pada 24 Januari 2020 yang lalu telah sebulat suara mengambil keputusan untuk mengingatkan kepada ahli-ahli untuk membayar yuran tahunan hanya sebanyak RM 30 sahaja untuk setahun.

Sukacita juga dimaklumkan, Sistem Online JASRA yang telah dibangunkan dan telah beroperasi dengan baik membolehkan rakan-rakan membuat pembayaran melalui sistem tersebut, selain dari mengemaskini maklumat terkini masing-masing. Kepada ahli yang masih belum log in kepada sistem online tersebut, sila baca panduannya di sini.

AJK JASRA juga mengambil keputusan akan membuat proses pemutihan kepada pengkalan data keahlian JASRA dimana hanya mereka yang membayar yuran akan dikekalkan namanya dalam pengkalan data. Pembersihan nama ahli yang tidak aktif akan dilaksanakan bermula 22 Februari 2020 sebelum mesyuarat agung yang akan dilaksanakan pada 7 Mac 2020 di Club House Kluang.

Untuk maklumat dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi kami dipautan ini. Terima kasih.