Peta Lokasi Repeater & Club House JASRA

Satu lagi penambahan dalam menu di website JASRA ialah paparan peta untuk lokasi repeater dan rumah kelab yang ada di negeri Johor dan Melaka.

Apabila di klik kepada ikon repeater atau rumah kelab tersebut, akan dipaparkan frequensi untuk repeater yang berkenaan dan dipaparkan lokasi dalam latitude dan longitude untuk rumah kelab.

Mudah-mudahan maklumat melalui peta akan memberikan gambaran yang lebih jelas kedudukan dan lokasi repeater dan rumah kelab.  Maklumat tambahan akan dikemaskinikan dari masa ke semasa jika ada penambahan atau pembetulan.