Selamat datang ke keluarga besar JASRA

Seluruh Ahli Jawatankuasa dan Ahli-ahli Jalur Selatan Radio Amatur (JASRA) mengucapkan selamat datang dan menjadi warga JASRA kepada 5 orang rakan radio amatur yang telah mendaftar keahlian secara online dan membuat pembayaran keahlian juga secara online. Mereka ialah

SAIDI BIN MANSUR 9W2SBM
MOHAMAD RADZI BIN HASSAN 9W2BCB
NUR KHALIZA BINTI MAHASHIM 9W2MBD
MOHAMAD KHAIRIL AZMIR BIN MOHAMAD YUSOFF 9W2ABA
YUSRI BIN MD SALEH 9W2RIE

Langkah selanjutnya, anda digalakkan mendaftar di qrz.com sekiranya belum berbuat demikian. Ikuti panduan disini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penama di atas kerana telah menjadi warga JASRA dan mudah-mudahan lebih ramai lagi yang akan menganggotai keluarga besar JASRA. Silalah log in untuk memuat turun sijil keahlian masing-masing dalam bentuk file pdf dan boleh mencetaknya sendiri.

Kepada rakan-rakan yang telah menjadi ahli, silalah log in ke https://online.jasra.org.my untuk mengemaskinikan data keahlian masing-masing dengan maklumat yang terkini. Tentukan maklumat anda tepat terutamanya alamat email kerana dari masa ke semasa, segala pemberitahuan akan dihantar terus kepada anda melalui alamat email anda. Segala pertanyaan, silalah Hubungi Kami.