Banner JASRA

Seperti yang telah sedia diketahui, banner JASRA yang telah diusahakan oleh Pak Mus 9W2USM telah siap di cetak. Perbelanjaan banner bersaiz 8′ x 3′ ini telah diluluskan semasa Mesyuarat AJK 3/2019 dengan tujuan banner ini di pasang semasa apa-apa akitiviti di lapangan seperti pameran radio amatur, field day, SOTA, IOTA dan sebagainya.

Sebanyak 11 keping banner sedia untuk diambil oleh setiap Daerah. Ketua perhubungan Daerah diminta untuk mengambil banner tersebut yang telah diserahkan kepada 9W2JMD Halim. Banner seperti ini sudah tentunya akan memberikan maklumat sedikit sebanyak tentang Radio Amatur, khususnya JASRA, maklumat mengenai repeater dan laman web.