Senggaraan dan Penambahbaikan 9M4RML

Sabtu, 6 Ogos 2022. Team Repeater JASRA di Melaka telah melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan repeater UHF Melaka, 9M4RML dengan menambah duplexer dan power devider terhadap repeater yang sedia ada. Pembelian telah dibuat untuk Duplexer dari Finland, manakala power devider dari Serbia.

Dengan adanya duplexer tersebut membolehkan hanya satu antenna sahaja yang diperlukan untuk transmit dan receive. Namun oleh kerana telah sedia ada dua antenna, penambahan power devider membolehkan dua-dua antenna bekerja untuk receive dan transmit secara serentak.

Perancangan akan datang ialah menaik taraf antenna omni directional yang sedia ada kepada antenna Four Stack Folded Dipole dengan harapan mendapat capaian dan kualiti yang lebih memuaskan. Senggaraan juga dilaksanakan terhadap aprs digipeater 9M4RML-3 dengan menggantikan cooling fan yang baru.

Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada 9W2MMU kerana telah membuat sumbangan besar untuk menaik taraf kemudahan ini untuk digunakan oleh rakan-rakan. Mudah-mudahan amal kebaikan ini akan lebih memurahkan rezeki beliau dan keluarga.