Senggaraan repeater di puncak Gunung Ledang 11-12 Januari 2025

Aktiviti dan kerja-kerja senggaraan repeater di puncak Gunung Ledang akan dilaksanakan selama 2 hari bermula

Sabtu, 11 Januari hingga Ahad, 12 Januari 2025

Tugas ini dilaksanakan untuk kerja-kerja senggaraan berkala repeater.

Sahabat-sahabat diingatkan bahawa aktiviti dan kerja ini adalah bersifat sukarela dan tiada sebarang imbuhan atau bayaran dari pihak JASRA dan tidak akan bertanggung jawab sekiranya berlaku kemalangan atau kecelakaan yang tidak diduga. Segala yang berlaku adalah risiko sendiri. Sukarelawan di mohon untuk bersedia dari segi mental dan fizikal, insuran, kelengkapan peribadi untuk memasak dan berkhemah, segala peralatan tools untuk membuat kerja, peralatan memasak dan makan minum dan segala aspek logistik yang difikirkan perlu. Adalah diingatkan kerja-kerja ini dilaksanakan di kawasan gunung yang sejuk dengan cuaca yang tidak menentu dan tidak dapat dijangka.

TelCo di Puncak Gunung: CELCOMDIGI, XOX

Komunikasi Repeater: 9M4RLD  Komunikasi Simplex: V35

Tempat Berkumpul: Jam 10 pagi. Kedai Makan Pekan Sagil.

Bayaran Konservasi: RM 5.00 seorang. 

Salinan Kad Pengenalan Diperlukan.  Image file format jpg, jpeg, png

Koordinasi: 9W3ISS Indra. OI97748884

Tarikh Tutup Pendaftaran: 8 Januari 2025 jam 6 petang. Sila lengkapkan borang pendaftaran seperti di bawah. Mereka yang tidak mengisi borang pendaftaran TIDAK DI BENARKAN ikut serta.


    Wajib Isi Untuk Elak Spam

    AKU JANJI (Wajib tanda)