Sukarelawan Senggaraan Repeater Gunung Ledang dan Simplex MySET 2021

Sukarelawan Repeater JASRA Gunung Ledang 9M4RLD yang diketuai oleh 9W2ZNL Zainal Yaacob (Tok Abah) akan membuat kerja-kerja senggaraan repeater di puncak Gunung Ledang dan dalam masa yang sama akan menyertai MySET JASRA 1/2021.

Keperluan:

Akan menggunakan kuasa bateri.

Radio

Generator (sebagai backup)

Maklumat seperti berikut:

Tarikh: 10 April 2021 (Sabtu)

Sila berada di kawasan Tangkak pada jam 9 pagi.

Komunikasi Simplex: V35

Yang berkelapangan dan secara sukarela untuk sama-sama menyertai dan membantu, sila isi maklumat seperti borang web dibawah. Anda akan menerima email pengesahan setelah mendaftar, jika tiada semak di folder spam / junk email anda. Pastikan isi alamat email anda yang betul (jangan ada salah ejaan).

Rakan-rakan digalakkan membawa bekalan air minuman, makanan secukupnya, peralatan memasak, baju sejuk, baju hujan dan peralatan tool semasa membuat kerja-kerja senggaraan nanti.

Sila buat koordinasi dengan rakan-rakan untuk kenderaan yang bersesuaian untuk memandu hingga ke puncak gunung.  Sebarang pertanyaan, hubungi Tok Abah di 0197831716.

    AKU JANJI (Wajib tanda)