Sukarelawan Senggaraan Repeater Gunung Ledang

 

Sukarelawan Repeater akan membuat kerja-kerja senggaraan repeater di puncak Gunung Ledang  dengan maklumat seperti berikut:

Tarikh: 28 dan 29 Mei 2022 (Sabtu dan Ahad)

Sila berada di kawasan Tangkak pada jam 9 pagi.

Komunikasi Simplex: V35

Yang berkelapangan dan secara sukarela untuk sama-sama menyertai dan membantu, sila isi maklumat seperti borang web dibawah. Anda akan menerima email pengesahan setelah mendaftar, jika tiada semak di folder spam / junk email anda. Pastikan isi alamat email anda yang betul (jangan ada salah ejaan).

Rakan-rakan digalakkan membawa bekalan air minuman, makanan secukupnya, baju sejuk, baju hujan, peralatan memasak dan peralatan tool semasa membuat kerja-kerja senggaraan nanti.

Perancangan Kerja-kerja Senggaraan adalah seperti berikut:

28 Mei

Senggaraan dan memasang repeater 9M4RGL

  • Kerja-kerja pendawaian di dalam kotak repeater, pemeriksaan solar charger controller, earthing dan lain-lain.
  • Kerja-kerja memasang dan pendawaian Solar Panel tambahan.
  • Menguji repeater dan Linking ke Bukit Sulai.
  • Memeriksa dan kerja pendawaian aprs digipeater.

Bermalam di Hotel sekitar Tangkak.

29 Mei

  • Memeriksa dan senggaraan repeater 9M4RLD.
  • Menguji repeater.

Tarikh Tutup Pendaftaran: 25 Mei 2022 jam 2359.

Rakan-rakan boleh memilih salah satu tarikh di atas atau kedua-duanya, bergantung kelapangan anda. Sila buat koordinasi dengan rakan-rakan untuk kenderaan yang bersesuaian untuk memandu hingga ke puncak gunung.  Sebarang pertanyaan, hubungi Romzi 9W2FRP 0182926383 atau Tok Abah 9W2ZNL 0197831716 atau Ghaz 9W2GND 0136085694 .

    AKU JANJI (Wajib tanda)