Senarai Semak Ahli Gabungan Persatuan Menembak Johor

Berikut ialah senarai semak (check list) yang perlu pihak tuan laksanakan tanpa gagal.

1. Sediakan gambar ukuran pasport 4 keping – untuk di hantar ke IPD & IPK bagi tujuan tapisan keselamatan ahli sebelum di benarkan menjalani latihan menembak.

2.  Setiap ahli perlu mengisi borang ahli gabungan (Muat Turun Disini)) – untuk di hantar ke IPD/IPK bagi tujuan tapisan keselamatan ahli sebelum di benarkan menjalani latihan menembak. * SETIAP BORANG PERLU DI PRINT DI SEHELAI KERTAS (UNTUK MUKA DEPAN & BELAKANG)

3. Dua (2) keping salinan fotostat Kad Pengenalan depan dan belakang dalam satu mukasurat.

4. Hantar borang melalui pos dalam 2 salinan termasuk gambar 4 keping ke dalam sampul saiz A4 kepada

9W2BPC MOHD ALI BIN AHMAD
BD6 KAMPUNG SUNGAI BERONG DARAT
83200 SENGGARANG, BATU PAHAT, JOHOR
0137836854

Borang juga boleh diserahkan kepada 9W2BPC secara by hand semasa Mesyuarat Agung JASRA di Rumah Kelab Kluang pada 18 Februari nanti.

5. Semua borang hendaklah diterima sebelum 28 Februari untuk tindakan dan proses selanjutnya. Tentukan borang di isi dengan lengkap. Mereka yang tidak memajukan keperluan diatas sebelum tarikh tutup dianggap tidak berminat. Proses dilakukan secara manual kerana terpaksa mengikuti prosedur yang ditetapkan oleh Persatuan Menembak Johor dan pihak PDRM.

6. Untuk maklumat pihak tuan. Tindakan segera sangat diperlukan. Terima kasih.