JASRA mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2024 kepada semula Ahli dan pengendali Radio Amatur di Malaysia mahupun antarabangsa.

JASRA mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2024 kepada semula Ahli dan pengendali Radio Amatur di Malaysia mahupun antarabangsa.

Pada 30 Disember 2023, Jalur Selatan Amatur Radio Malaysia (JASRA) telah berjaya mengadakan pameran di Hari Terbuka Sireh Park yang telah menyaksikan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat. Dari awal pagi hingga senja, pengunjung telah diberikan peluang untuk menyelami dunia radio amatur dan memahami kepentingannya dalam komunikasi. Demonstrasi Interaktif Booth JASRA telah…
JASRA dengan jayanya telah menganjurkan “Sesi Townhall JASRA 2023” secara dalam talian menggunakan platform Google Meet pada 10 November 2023. Sesi yang bermula jam 9.00 malam tu telah mendapat penyertaan daripada Ahli JASRA dan tamat pada jam 9.30 malam. Antara perkara yang dibincangkan adalah isu-isu semasa berkaitan persatuan, repeater-repeater di…
Perhubungan JASRA Johor Bahru telah menganjurkan Field Day Santai HF 2023 pada 28 Oktober 2023 bertempat di Sireh Park, Iskandar Putri. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah, hiking, pemasangan antenna HF, pengujian radas HF dan VHF. Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan terutama sekali kepada 9W2LCM (PakLoh) yang…
Kerjasama dan kesediaan untuk bersama-sama mengatasi bencana adalah penting dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti. Pada 24hb Oktober 2023, Jalur Selatan Amatur Radio Malaysia (JASRA) telah dijemput ke “SESI JERAYAWARA NADMA : Koordinasi Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) 2023.” bertempat di Hotel Grand Bluewave, Johor Bahru. Ini merupakan acara yang dianjurkan…
Pada tanggal 18 Februari 2023, bermula lebih kurang jam 10.30 pagi, Mesyuarat Agung JASRA kali ke 16 telah dilaksanakan di Rumah Kelab JASRA di Kluang, Johor. Tiada pemilihan jawatan pada Mesyuarat Agung kali ini, namun kehadiran daripada rakan-rakan sangat menggalakkan, disamping cabutan bertuah dan jamuan hidangan makan tengahari yang sangat…
Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada rakan-rakan yang telah terlibat dalam Pameran Radio Amatur dalam menyertai pameran sempena Pesta Usahawan Dan Kokurikulum (PUSKO) 2022/2023 yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Sek Keb Kangkar Pulai 2 pada 11 hingga 12 Februari 2023. Pameran kali ini turut dibantu dan diserta oleh rakan-rakan JASRA iaitu 9W2MPT…
Adalah difahamkan sahabat kita 9W2JQD Amir Hamzah Bin Tambisan (1099030 Bekas PW II – 6 RRD) yang tinggal di Kulai telah ditimpa musibah kanser tahap 3 atau 4. Isteri beliau, Puan Laili yang dihubungi menyatakan suaminya mula mengalami demam yang berterusan mulai bulan November dan sehinggalah bulan Disember semakin parah,…
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua rakan-rakan, Adalah dimaklumkan sahabat kita, 9W2LYN Kamsani atau lebih dikenali dengan nama Kapten Halim telah dimasukkan ke ICU, Hospital Sultan Ismail, Taman Mount Austin, Johor Bahru sejak 28 Disember 16 Disember yang lalu. Isteri beliau, Puan Haslinda menyatakan bahawa suaminya mengalami masalah paru-paru berair,…
Adalah dimaklumkan, Mesyuarat Agung JASRA ke 16 akan diadakan seperti maklumat di bawah: Tarikh : 18 Febuari 2023 (Sabtu) Masa: 10.00 pagi Tempat: Rumah Kelab JASRA Daerah Kluang JKR 449, Jalan Hospital, Kluang, Johor Darul Takzim 2. Semua rakan-rakan dengan segala hormatnya dijemput hadir. Kaunter pembayaran yuran dan pendaftaran ahli…
Sumber: MCMC Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) atau MCMC telah mengemaskinikan jadual perancangan peperiksaan Radio Amatur Kelas A, B dan C untuk tahun 2023. Kelas A – Febuari, Mei, Ogos dan November. Kelas B – Mac, Jun, Sept dan Disember. Kelas C – Januari, April, Julai dan Oktober. Rakan-rakan radio…
Pengurusan JASRA telah menerima sebanyak 7 penyertaan pertandingan logo dengan jumlah 14 logo yang dipilih dan akan di undi oleh ahli-ahli yang hadir semasa Mesyurat Agung JASRA yang akan datang. Tarikh mesyuarat dijangkakan pada hujung Januari atau awal Febuari 2023. Kepada peserta yang telah menghantar logo melalui email, pengurusan JASRA…
Seluruh keluarga besar JASRA mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2023 kepada semua ahli JASRA, rakan radio amatur di seluruh negara dan pengunjung laman web ini. Mudah-mudahan tahun 2023 ini hati kita lebih terbuka dengan semangat yang membara dan diberikan kebahagiaan, inspirasi dan azam yang baru. HAPPY NEW YEAR…